Quantcast
Channel: Heyy!! AnnaQawina disini
Viewing all 144 articles
Browse latest View live

PUDING ROTI SOS KASTARD

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t

Resepi puding roti yang ke berapa ya..dah lupa ni..macam2 versi & bahan2 lebih kurang jugak untuk meghasilkan puding roti yang mebeles ni..pilih saja mana yg suka..boleh search kat blog ni atau google jela kalau nak tengok lain2 versi..


Owwhhh..sangat sedap & disukai rakyat jelata dalam rumah ni, tapi bab kismis tu ada je yg payah nak telan, haish..dah 3 kali saya ulang buat guna resepi ni & yang terbaru saya letakkan chocolate chips dalam bancuhan & juga tabur atasnya.

C & p resepi dari blog Hana. TQ Cikgu Hana, selamat bertugas untuk sessi 2014 ya cikgu-cikgu..

PUDING ROTI SOS KASTARD
Sumber : HaNa's Family

 Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
  • choc.chips jika suka
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
SELAMAT MENCUBA

CARROT WALNUT CAKE (Chef Ezani)

$
0
0
Kek lobak merah, kali ni cuba resepi dari Chef Ezani (Masterchef), copypaste resepi dari blog Kak Zue Semanis Gula..tengs kak..

CARROT WALNUT CAKE
Sumber : Chef Ezani (Masterchef Malaysia)
C & P : Kak Zu Semanis Gula

Ayak semua bersama-sama dan ketepikan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 ½ sudu kecil baking soda  
  • 2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
  • 1 sudu kecil garam
Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
  • 4 biji telur
  • 1  1/3 cawan gula
  • 1 ½ cawan minyak sayuran
  • 2 ¾ cawan lobak merak diparut
  • 1 cawan kelapa kering
  • 1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
  • 1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
  • 1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 
  
Cara2 :
1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar (resipi ini unutk kek 10x10inci atau 13x8inci,atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau  buat cupcakes! Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

Aising cream cheese

  • 200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
  • 2 ½ cawan gula aising, diayak
  • 1 sudu kecil esen vanila

1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
2. Ratakan aising ke atas kek.

* Nota:
Kek ini boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 2 minggu.


Alhamdulillah, sedap dan kenyang lagi berkhasiat

SELAMAT MENCUBA

MUFFIN DURIAN

$
0
0
Adaptasi dari resepi Muffin Pandan dari dapur Kak CT Delima. Cuma tambahkan durian lebihan untuk diisi dalam Durian Crepes, dan skip pandan paste serta pewarna hijau. Biasanya kalau beli durian nak buat Durian Crepes mesti ada part yang agak tak sesuai utk di'crepes'kan, jadi boleh guna untuk menu2 lain kan..

Untuk menghasilkan muffin yang merekah di atasnya, sila gunakan Double Action Baking Powder ya & semasa menggaul muffin cukup sekadar bergaul ala kadar atau dgn.kata lain lebih kurang je gaulnya, jangan beria-ria sangat sampai kluar muscle lengan tuh, nanti muffin jadi padat..hehe

MUFFIN DURIAN
Sumber : Pandan Muffin (Cari.Com)& Dari Dapur CT
Muffin Durian by AnnaQawina

Bahan-bahan:
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 susu kecil baking powder **Guna Double Action Baking Powder
  • 1/2 susu kecil soda bikabonat
  • 1/2 susu kecil garam halus
  • 120 gm gula castor
  • 200 ml santan kelapa **saya guna buttermilk
  • 100 ml minyak jagung @ minyak masak @ butter cair
  • 2 biji telur
  • 80 gm isi durian lembut (dilenyek)
  • Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
**Buttermilk, saya sediakan 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sdb. cuka kurma/cuka biasa, biarkan sehingga mendadih lebih kurang 5 minit kemudian bolehlah diguna .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
 
Selamat mencuba..

KEK COKLAT ANIS - ACMC

$
0
0
Satu hari yg agak lama dahla..saya cuba nak menerai resepi yg agak femes kat Facebook ni..yela dok kata sedap2 nak gak cuba..hasilnya? Hmmmm...licin dibelasah anak2 buah & adik bradik yg ramai..janji dapat makan, apa aje pasti licin. Tambah2 kek coklat memang tak jemu la kan..adik2 & anak buah saya suka.


Agak bercoklat bagi saya yang kurang gemar kek coklat ni....kebetulan kek ni saya bawa balik kg, habisla 'licin reling' kata orang kampung sbb dah ramai berdozen2 yg ada kat rumah mak..hehe..Yang merata2 dijual rasanya superbeb kata ramai orang, ni nak kena beli la baru tahu rasa original kek tu kan..

Apapun tqvm bt pengasas ACMC ni yg berkongsi resepi..boleh tambah koleksi kek coklat iika suka..Jom semak resepi yang saya dapat dari page ACMC di Facebook.

KEK COKLAT ANIS (AMCC)
Sumber : FB page AMCC
AMCC by AnnaQawina

Bahan2 :
  • 1 cawan air **
  • 1 cawan minyak masak**
  • 1 cawan susu pekat**
  • 1 cawan gula castor**
  • 1 cawan serbuk koko**
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat

Cara2 :
  • Satukan semua bahan bertanda ** atas api sederhana sehingga gula larut, tak payah sampai mendidih.
  • Kocok telur dalam bekas lain dan masukkan dalam bancuhan tadi, masak lagi & kacau sebati.
  • Masukkan bahan kering dan gaul sebati. kukus sampai masak.
  • Jika kek saiz 1kg akan masak dalam masa 20 - 30 minit, semakin kecil saiz kek semakin pendek masa mengukus.
  • Tutup permukaan loyang atau bekas kek yang dikukus menggunakan alum.foil yang disapu minyak (tak bagi melekat kat permukaan kek) bagi mengelakkan air wap kukusan menitik ke atas kek anda.

RESEPI TOPPING : **saya tak guna resepi ACMC tapi guna resepi yg biasa guna ni..

Bahan2 :
  • 200g coklat masakan
  • 100ml susu cair
  • 1/2sdt butter
Double boiler coklat dengan susu sehingga coklat mencair, tutup api & masukkan butter, kacau sebati & tuangkan atas kek.

Selamat Mencuba

IKAN GORENG MASAK BENING PEDAS

$
0
0
Alhamdulillah .masih diberi nafas utk.hari ini..saya update blog kadang setting autopost ya, jadi sampai masa keluarla sendiri post2 saya ni, kot2 masa entry ni keluar saya dah bersalin tu agak2la kan...takut kang ada yang kata giler berblog ke hape dalam labour room pon sempat update blog..hehe


Sekali lagi saya campak resepi sempoi yang amat mudah disediakan..asal tengok kakak ipar yg masak..lepas tanya2 balikla buat kat rumah..time xde apa bahan nak masak yang renyah2 boleh cuba. Yela kadang2 dalam peti ajaib tu bukan selalu ada bahan2 untuk masak2 beria2 kan, aaaa tu peti saya la tu..hehe

IKAN GORENG MASAK BENING PEDAS
Resepi by AnnaQawina
 
Bahan2 :
  • Ikan kerisi - dibersihkan & digoreng jangan garing
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Cili api * tumbuk bhn bertanda *
  • Serai **ketuk2 je
  • Bunga kantan - potong 2 (jika suka)
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  • Rebus air bersama semua bahan tersebut.
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan goreng tadi besama bahan perasa yg disukai. Rebus hingga ikan goreng nampak agak lembut jangan lembik sgt..
  • Siap utk.dihidangkan..

Simple kan? Selamat mencuba...

PUDING KASTARD JAGUNG

$
0
0
Baru2 ni anak2 bujang kami tamat latihan silat sessi pertama yakni tahun pertama la, kira dah grad semester 1 nak naik sem.2..haha..Alhamdulillah ada acara mandi limau ke apa tah, jadi sumbangan serba sedikit dibawa oleh ibubapa peserta bagi tambah2 menu yang dah ada..Syukurlah dalam sibuk2 pun sempatla jugak buat PUDING ROTI SOS KASTARD dengan puding Jagung ni, kebetulan jagung creamy dalam tin dah lama beli, tak tahu beli untuk apa sebenarnya, gedik betul tangan kalau keluar kat pasar kan..macam2 capai bawak masuk troli..
Yang ni saya siram dgn lebihan kuah kastard utk.puding roti 
Resepi dari blog Kak Madiha ni memang senang dan sedap, kejap je buatnya dah siap, jom kita semak resepi & selongkar dapur tu kot2 ada jagung nak ekpayed kan..

PUDING KASTARD JAGUNG
Sumber :Ana Elianas& Dari Dapur Madiha
Puding Kastard Jagung by AnnaQawina


Bahan-bahannya:-
  • 1 tin jagung jenis creamy
  • 1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan tepung kastad

Cara :-

  • Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata. 
  • Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali) 
  • Masukkan ke dalam loyang atau talam. 
  • Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Selamat Mencuba.

CUCUR IKAN BILIS AIR PANAS

$
0
0
Resepi saya ambik kat blog Kak Anim..biasa buat cekodok blasah je mana yg patut..hasilnya..kdg elok kadang kelaut..tp sure licin la kan..hehe..Tq to Kak Yatie& Dzana utk resepi..

Ni versi rumah saya yang kosong..kosong..koossoonggg...sebab pertama sekali anak2 akan cabut buang serbaneka yg letak dalam cucur..sudahnya drpd.membazir je baik xyah boh kan, tambah lak bahan tak berapa nak ada pon..sedap & lembut, garing diluar lembuutt kat dalam..

Cucur Ikan Bilis Air panas

 
Bahan2

  • 3 cawan tepung gandum* 
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)* 
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil* 
  • 1 biji lada merah(dihiris)* 
  • daun sup/bawang (hiris)* 
  • garam secukup rasa* 
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih 
  • minyak untuk menggoreng

Cara2
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..


SELAMAT MENCUBA

ROTI NAIK PAHANG (TOK MAK)

$
0
0
Weh petaim bt rsp.femes Tok Mak ni..hehe..ikutkan nk try rsp blog Noorma atau Shasha Rahmat tu..tp lain lak buatnya..takpe lenkali try InsyaAllah. punyala lama tak buat roti rasa macam janggal lak, puas risik orang sana sini, Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan, licin tiap kali keluar oven, syok kan makan panas2..

Rasa nak bukak tender roti lak aiihh..*ngok ngek..haha


Mini pizza bun la kekonon..saya ada buat juga versi bulat2 roti manis tapi takdan nak ambik gambar, maklomle lunch hour time tu saya tak masak..kebulur nampak gaya anak-anak, kebetulan suami baru balik dari aktiviti gotong royong kat sekolah budak2 ni, apalagi..redha jek kan..hehe


Ada rupa ulat gonggok lak, sosej bun stail bajet, nak makan anak2 mintak paipkan mayonis dalam tuh, sedapla gak..InsyaAllah buat lagi resepi ni, senang sangat..TQ Tok Mak, resepi varisan saya C & p dari wall FB Mak Long's Homemade. Dah ramai benar yg dah cuba resepi ni, letih nak gugel 1 per 1..apapun tq juga bt kwn2 yg sajes kan saya saya resepi ni dgn tayangan2 amal soh meroti..akhirnya habis gak tepung rotiku..hehe

ROTI NAIK PAHANG
resipi Tok Mak
Mak Long's Homemade

  • 1 bj telur
  • 2 sdb.susu pekat manis
  • 3/4 cwn. gula castor.
  • 2 sdk yis (saya guna mauripan).
  • 2 sdb. marjerin *saya guna butter
  • 1 sdk. shortening
  • 500grm tpg gandum *Saya guna tepung roti
  • 300 ml bancuhan air ** (..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR + SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.)
  • 1 sdb. susu tepung.*Saya tak letak

Cara2 I : (BreadMaker)
  • Masukkan bancuhan 300ml (telur + air + susu pekat) ke dalam mangkuk BM
  • Masukkan tepung, gula, marjerin/butter & shortening
  • Akhir sekali masukkan yis
  • On Bread Maker & biarkan sampai siap (1.30jam)
  • Keluarkan doh yang dah siap, potong doh kepada doh2 kecil lebih kurang 30grm tiap 1.
  • Bentukkan ikut suka, biarkan 30 minit atau sehingga doh naik sekali ganda, kemudian dibakar
  • Saya guna suhu 160'C selama 30 minit api bawah dulu, dah separuh masak baru ON api atas bawah sehingga keperangan atau masak sempurna
  • Sapukan butter atas permukaan roti agar berkilat (ni saya tak buat kali ni, malas la..)
Cara2 II : (Manual) - Mas@Duniaku

***utk pastikan yis hidup....sy campurkan skali yis dlm bancuhan air diatas....sy guna air suam panas...jika yis berbuih...maksudnya sedia utk diguna...jika sebaliknya...jgn guna..


Dalam mangkuk...
Masukkan tepung dan gula halus...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....
Masukkan marjerin dan shortening...gaul rata....
Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik...
Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan  kecik2...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lagi sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
Bakar dalam oven 180...selama 20 minit atau hingga masak...dengan api atas bawah
 
SELAMAT MENCUBA

NUR AZALEA ZAHRA (17 Jan.2014)

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t

Maaf kelewatan memperkenalkan mujahidah baru dalam keluarga kami, harini genap 22 hari baby ni dilahirkan. Jadinya, sudah 22 hari saya makan secara sihat, tidur yang mencukupi malah rasa macam terlebih tido pon ye, dapat jugak lipat kain baju dalam bakul..hehe..makna yang cukup mudah ialah saya sedang berpantang, bercuti dari aktiviti memasak & mengambil apa2 tempahan, InsyaAllah akan kembali aktif jika diizinkan selepas sihat sepenuhnya nanti..



Zuriat ke-6 kami dilahirkan pada hari Jumaat yg penuh keberkatan, jam 3:05pm, time ayahnya usai dari solat Jumaat pada hari tersebut, seberat 3.4kg secara normal, diberi nama Nur Azalea Zahra. Alhamdulillah dengan rezeki yang semakin bertambah walau seribu cubaan melintangi kami. Semoga anak ini dilindungi dari segala macam kejahatan duniawi, dipermudahkan perjalanan hidupnya & dirahmati Allah s.w.t hendaknya dunia akhirat, aamiin..

Terima kasih buat teman2 dan saudara yang sudi berkunjung ziarah membawa seribu rahmat buat kami, InsyaAllah. Saya doakan adik2 kakak2 yang masih belum dikurniakan zuriat semoga rezeki anda juga akn menjelma sedikit masa lagi InsyaAllah..banyak2kan bersabar & teruskan berdoa..

Sekian lintas langsung daridewan bersalinsaya ibu anak 6....hehe..Wassalam..

ROTI SARANG LEBAH@Bee Hives Bun

$
0
0
Assalamualaikum


hmm..sesi menebas rumput & kemuncup sebelum tumbuhnya lalang kat blog ni..cuaca elok panas berdenting..mari meroti..cepat je naik doh roti..

Roti yang tengah femes sekarang ni kat facebook kan..sedap sgt nak2 lebihkan butterscoth tu..buat cicah2 sekali..Saya buat roti ni lepas Izah Mapin tu sajes..masuk harini dah 2 kali buat, pertama kali buat sempoi je tuang sos tu..xde gambar2 pon, xcited sgtla..kali ke 2 buat terus saya buat 3 adunan terus, masuk dalam Breadmaker, uli 2 kali baru bulat2kan & bakar. Guna breadmaker ni biasanya kalau uli sekali je xdenya nak lembut gebu, apalagi kalau sekali buat banyak terus, baik guna mixer je kan, tapi haruslah yg heavy duty punya mixer la, kalau yg biasa2 tu berasap nak sudahkan..

Ok, meh cek bahan2 & cara buat..Terima kasih berjuta2 lemon buat Lydia Honey yg kongsikan resepi sedap ni..Yogurt xde stok saya gantikan buttermilk macam Izah.



 Segala jenis kekacang xdela kecuali badam bijik2 kecik ni je..hehe




ROTI SARANG LEBAH
Sumber : Lydia Honey 
C & P : IzahDaut


DOH
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 Sudu teh dry yeast
  • 1/4 Sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
  • ¼ cawan minyak sun flower (guna minyak masak Aliff je)
  • 1/2 cawan air suam +-
**Buttermilk : 1/2 cawan susu segar + 1/2 sdb cuka makan(biarkan 5 minit kemudian boleh guna) (guna 1/4cwn aje)
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara2 ;
  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
  • Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  • Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  • Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  • Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
  • Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  • Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  • Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
  • Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  • Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  • Time bako dalam 10-15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.



 Yg ni taburkan parutan cheddar cheese lepas tu tuang sos...




NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.





BUTTERSCOTCH SAUCE
  • 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
  • 1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
  • A pinch of salt
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 25g butter


Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


SWEET BUN - FROZEN DOUGH@DOH SEJUK BEKU

$
0
0
Assalamualaikum....

Alhamdulillah..bersua kembali..banyak yg nak update sbnrnya cuma masa tak mengizinkan, hambatan waktu yg semakin deras berlalu, terasa diri tak mampu menghabat waktu itu..jadi biarlah ia berlalu ajela...hehe..

Ke'giannan' sungguh buat roti, sekali buat nak buat lagi dan lagi..lagi..lagi...kali ni kita buat roti guna kaedah 'frozen dough'@ 'doh sejuk beku'. Mula2 tahu rasa pelik..ye ke boleh bekukan? Tak rosak ke doh roti? Aahh..mcm2 soklan..tapi atas dorongan sahabat alam maya, saya terrrbuat jugak. Terrbuat sbb asalnya silap sukatan cecair  utk 2 doh saya buat 4 doh..jdnya ala2 cekodokla x bergumpal tepung tu..dah tambah tepung jd sekilo letihla nak nyudahkan 1 kilo tepung dgn anak2 kecik & nak buat benda lain lg, jd saya bahagi 2 adunan & frozen kan 1 adunan tersebut, 1 adunan lagi saya siapkan masa tu. Alhamdulillah elok2 je kejadian roti, tetap lembut gebu.

Ok dibawah ni cara nak bekukan & guna kemudian nanti..Boleh guna mana2 resepi ya.. Terima kasih empunya tuan badan yang berkongsi teknik & Puan Azlila Alias yang mengesyorkan..teknik pintar & cepat..hehe...


FROZEN DOUGH by Suhaimie MN, c&p dari file Group Kelab Roti FB

  • Doh yg disimpan dlm chiller msh blh kembang sbb suhu chiller bkn suhu yg blh bt doh jd beku.simpan dlm freezer br doh blh beku.proses pengembangan msh b'laku walaupun simpan dlm chiller.cuma prosesnya sgt slow.kalau nk tggl semlm sgt tdk sesuai utk simpan dlm chiller.simpan dlm freezer sbb masa sgt lama.
  • Kalau nk simpan dlm chiller/freezer pastikan ditutup rapat dgn bekas.lps mixed,simpan dlm bks b'tutup then simpan dlm chiller/freezer.kenapa kene bks kedap udara/b'tutup sbb doh roti sifatnya spt spoonge.akan serap semua bau dlm free/chiller tu.pnh dgr org kata nk hilang bau letak beberapa keping roti/arang dlm bonet kete @ peti sejuk?mcm tu juga doh roti.bygkan kalau dlm tu ada ikan,lauk2 smlm yg x abis,abis semua bau diserap dlm doh.penambah perisa semula jadi doh tu
  • Doh yg disimpan dlm chiller hanya utk 3-4 jam shj (anggaran).doh yg disimpan dlm chiller blh thn semalan.thn tu dr segi dia x kembang ye.ingt,sbb ada yis.
  • Doh yg dikeluarkan dr chiller,blh trs bt next step cth,bhgikan doh @ bentukkan/nk isi filling ke.doh yg keluar dr freezer kene defrost dulu dlm suhu blk.

Tips: kalau doh x abis,jgn buang.bekukan,then mskkan dlm adunan kita masa kita nk bancuh yg br.pastikan defrost dulu.nti rosak lak mixer kita.

***  Xperlu tggu hingga hilang sejuknya.asalkan sehingga doh blh dihandle.maksudnya blh kita uli/bulat2kan.jgn lak sape2 cuba defrost dlm microwave ye!menangis saya dgr ntt.

*** Bila kita dah uli/bulat2 doh tu,angin dah keluar dr doh.kene proof/kembangkan lg.naik smpai max 3 kali kembang then br blh bakar.kalau bakar trs lps defrost,keras roti tu.

*** yup, kalau kita xde space utk simpan doh dlm chiller la. kalau ada blh letak kejap tp jgn bkr sewaktu doh tu sejuk. temperature oven akan jatuh kalau kita bakar semasa doh sejuk. jd pembakaran xkan sama mcm 1st batch yg x msk dlm chiller tu.

***Kalau oven kita kecik,another option,kita blh play around dgn yis.cthnya,kalau kita guna 20gm yis utk setiap adunan.so,adunan ke2 kita kurangkan yis jd 18gm ke.adunan ke 3 kurangkan jd 16gm ke.so,dgn kurangnya yis,doh akan lmbt skt kembang.so,blh bg masa roti kita msk dulu then bila kita nk bkr next batch,roti just perfect kembangnya.phm kan?


Antara koleksi roti yang saya buat guna teknik ni, sebab kadang2 masa tak berapa cukup nak siapkan..hehe..anda boleh bancuh & uli doh malam sebelum tidur & pagi2 esoknya keluarkan bg lembut dah boleh guna..tak ambil masa lama mana pun, kejap je..


CARA MUDAH FROZEN DOUGH :
  • Ambil doh yang nak dibekukan, seeloknya lepas doh siap diadun & belum dikembangkan.
  • Sapu plastik dgn sedikit minyak supaya x melekat
  • Masukkan doh dlm.plastik berkenaan & ikat kemas2, jgn .bagi masuk angin. Masukkan dalam bekas bertutup.
  • Bekukan dalam pembeku (bahagian atas peti ais)
  • Keluarkan doh beku dari peti ais anda bila perlu.
  • Biarkan beberapa ketika sehingga doh tersebut lembut & boleh dibentuk.
  • Siapkan membentuk doh macam biasa.
Sekian, harap anda faham..ikutla cara mana pon janji roti siap..hehe..

SWAN CREAM PUFF

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t

Comel je ada angsa berekor-ekor atas meja beradap pengantin kan? Tak jadi angsa jadi naga Tasik Chini..hehe..camtu le yg saya buat haritu, yang elok2 sikit je ni interprem sini, yang spesis naga ke dinosour ke simpan rapat2..Dah lama sgt buat pesen camni, tak silap saya sebelum bersalin lagi haritu, malas nak menaip..ni ada mesej tanya pasal Swan Cream Puff tu yang saya teringat..hehe

Resepi masih sama utk.dikongsikan walaupun ada yang tahu bukan rsp.ni saya guna untuk jualan, tapi mana2 resepi hasilnya kalau buat dgn cara yang betul tetap menjadi elok. Dan ini satu2nya resepi yang pernah saya cuba dulu, yang lain2 tak pernah lagi, mungkin kalau ada kesempatan akan di'xplore' yang lain2 tu InsyaAllah..


Cara menjadikan bentuk angsa yang chumell ini saya angkut dari blog Citarasawan, lubuk ilmu ada macam2 disana..terima kasih Kak Wan

Resepi Cream Puff
Sumber : Blog Cik Epal
 
Bahan-bahan :
  • 125grm butter
  • 250ml cecair (125ml air + 125ml susu segar) 
  • 150grm tepung gandum  *diayak bersama garam
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
  • Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
  • Masukkan tepung gandum bersama garam
  • Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
  • Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
  • Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
  • Masukkan juga esen vanila.
  • Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
  • Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
  • Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
  • Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
  • "On" kipas oven jika ada.
  • Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

Kredit : blog Kak Wan
  • **Untuk leher angsa, paipkan bentuk Sdan bakar selama 10 minit @ sehingga masak. 
  • **Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan inti kastard, untuk sayap angsa, pastry puff dipotong 2 sehingga putus.
  • **Cantumkan sayap & leher angsa, celupkan lidi dgn.emulco, titikkan sebagai mata angsa.
  • Taburkan donut dusting sebagai penyeri..


Sos kastard :
Sumber : Kak Wan
  • 250ml susu segar
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
  • 1 bj kuning telur- dipukul sedikit
  • 1/2 sudu besar mentega/marjerin

Cara :
  • Satukan semua bahan kecuali mentega.
  • Masak hingga agak likat, masukkan mentega, kacau sebati
  • Sejukkan sebelum digunakan.

Antara tempahan cream puff..anda berminat nak menjamu selera tapi tak mahu buat boleh order ya..sms / call 0193004358


KEK MENTEGA 'MARBLE'

$
0
0
Assalamualaikum.
Perkongsian dr Ustazah Ani kat fb. rasanya makan tahun gak tak buat kek2 yang tak berkrim ni..sekali buat habis terus..dapatla agih sana sikit sini sepotong..Alhamdulillah lepas kepingin makan kek butter..

Sangat lembut, nak lagi sedap boleh guna butter yang berkualiti. Anchor pon dah ok tu...mahal gak kan..saya guna buttercup je kebetulan ada dalam simpanan..eh jangan mintak2 kek ni dah masuk "Big Tank"..hekhek..


RESEPI KEK MENTEGA MARBLE
Sumber : Ustazah Ani (Facebook)
Kek Mentega Marble AnnaQawina
  • 220 gram butter
  • 230 gram gula kastor
  • 200 gram tepung naik sendiri @ tepung gandum **
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sd kecil esen vanila
  • 1 sd kecil baking powder **kalau guna tepung gandum letak 1 sd besar b.powder
  • 2 sd besar susu segar / susu cair
  • 2 sd besar serbuk koko

CARA2 :
  • Panaskan oven 180'C. Alas loyang 8inc.petak@9inc.bulat dengan baking paper.
  • Ayak tepung dengan baking powder.
  • Pukul butter & gula castor sampai kembang & putih.
  • Masukkan telur yang dipukul dgn.garfu terlebih dahulu sebiji-sebiji sampai habis.
  • Masukkan esen vanila dan susu segar.
  • Kemudian baru masukkan tepung sedikit2 sampai habis.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
  • Tuang adunan putih dulu ke dalam loyang, sendukkan pula adunan koko, selang seli buat sampai habis.
  • Bakar adunan kek sampai masak lebih kurang 40 minit atau bergantung kepada oven masing2.
Selamat Mencuba..

DONUT KENTANG

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t

Selasa, hari ke-2 anak2 sekolah kebangsaan menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Semoga semuanya berjalan lancar & suksess keputusannya nanti InsyaAllah.

Donut yang laku macam goreng pisang panas..eh macam donut panas-panas la apa lak pisang..ehee...laammaaaa x buat donut, sekali buat ambik ko..licin sekali hadap..eh anak ramai yela licin kan, buatnya 1 adunan je pon..hehe.. sedap..lembut..ahh malas nak gtau lebih2..kira sedaplah..meh cuba..

Sedikit saya frozenkan, tapi saya goreng je sekejap sebab sikit sangat nak masuk oven..maaf la yo..saya bab donut memang tak pandai nak jdkan bulat cantik macam org lain, walaupun pakai cutter..hehe..dah rupa kuih keria pon ada..gasak jela janji anak2 gembira menikmatinya, aih mak bapak pon tumpang sama..
Resepi daripada Tahrunnisah Jali (Facebook), saya edit sikit2 bagi mudah baca

DONUT KENTANG
Sumber Resepi : Puan Tahrunnisah Jali
Donut Kentang AnnaQawina
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
  • 1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
  • 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
  • 70-100 ml air ais (dulu guna air suam)  **saya guna 85ml air ais
  • 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : 
BREADMAKER
  • Masukkan bahan2 cecair ke dalam mangkuk breadmaker
  • Masukkan bahan2 kering pula, kemudian tekan Start & pilih menu (Cosway breadmaker : No.7) 
  • Apabila adunan bergaul sebati masukkan marjerin/shortening & teruskan menguli hingga selesai (1 jam 30 minit)
  • Keluarkan doh dari BM & teruskan membentuk donut. Biarkan naik 2 kali ganda & bolehla digoreng.

MIXER
  • Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
  • Kemudian masukkan telur yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu letakk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta akhir skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  • Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik .Uli selama 20 minit.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  • Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat

# tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga #maaf lupa namanya..
 
CARA ULI MANUAL :
  • Masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telur yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
  • Kacau guna tangan biar sebati...kemudian masukkan air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru masukkan marjerin atau shortening...
  • Uli sehingga sebati...dlm 30 minit..((kalau letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh))
  • Cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
  • siap nanti tumbuk doh tu ...& bolehla bentukkan...

TIPS (Saya salin semua tips yang Puan Tahrunnisah tulis ya)
 
##tips bentukkan doh
  • saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
  • dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
##tips tuk frozenkan
  • saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye

##tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..
  • kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..
    pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...
    esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli 
    tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan 
    tak pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan
 SELAMAT MENCUBA

DAGING MASAK TAUCU

$
0
0
Resepi saya jenguk blog Kak Nor Secubit Garam. pertama kali buat lauk camni, sedap wehh..anak2 suka gak makan dengan kuah pekat camtu..cuma lauk pauk saya xde meriah2 la kan, kalau tak nanti lambat budak2 nak habiskan makanan diaorang sebab sibuk dok pilih2 kuis2 kemeriahan hiasan yang Ummi diaorang letak..hehe

ada daun sup secoet je tuh..kira meriah dah tu..haha...Alhamdulillah licin sekali masak untuk makan malam..jom cuba..

Bahan :
  • 300gm daging ~ dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1cm halia ~ dihiris
  • 2 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk
  • 2 - 3 bj cili merah/hijau ~ dibelah dua
  • 5 biji cili padi ~ diketuk
  • air asam jawa
  • air secukupnya
  • garam
  • sedikit gula
  • minyak

 Cara :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan taucu dan juga daging. Masak sehingga daging mengeluarkan airnya.
  • Masukkan cili merah dan cili padi serta air.
  • Masak hingga daging empuk dan masukkan air asam jawa.
  • Masukkan juga garam dan sedikit gula.
  • Biarkan mendidih sebentar dan boleh lah ditutup api.
  • Angkat dan hidangkan dgn nasi putih.
SEDAAAPPPP...

PUDING ROTI BAKAR (Farah Lee)

$
0
0
Ada baki2 kerak roti @ roti dah kejung2 tu bolehla campak2 dlm bekas & bakar ye..sedap bila dah jadi puding, yang tak sedap bila tengok je roti dah xpayed tu..hehe..

Resepi lain lak..eh lebih kurang je sebenarnya resepi puding roti bakar ni..suka hati la nak cuba mana 1...

RESEPI PUDING ROTI BAKAR
Sumber : Farah Lee (c & p : Blog TengkuButang)
Puding Roti Bakar by AnnaQawina




 Bahan2 :
  • Gula : 1 cawan
  • Majerin : 5 sudu besar
  • Fresh milk : 800ml
  • Roti : 15 keping
  • Telur : 1 biji
  • Esen vanila : 1 sudu kecil 
  • (untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe)
  • Choco chip : secukup rasa untuk hiasan

 CARA2 :
  • Baca Bismillah, selawat, senyum dan penuhkan hati dengan penuh kasih sayang (rahsia masakan best) :D
  • Pastu gaul ratakan gula dan majerin dalam mangkuk besar
  • Tuang fresh milk kedalam adunan.**adunan akan kelihatan berketul2.
  • Carik-carikkan roti, masukkan kedalam adunan and gaul sebati.
  • Then masukkan telur dan esen vanila. Macam biasa, gaul gaul..
  • (exceptional) Cover loyang dengan aluminium foil.
  • Tuang adunan ke dalam loyang. Kalau ada roti lebih, boleh carik-carikkan, tabur dan tekan2 sikit atas acuan so nanti atas puding tu jadi garing sikit dan nampak ciri-ciri kerotiannya.
  • Tabur choco chip sesuka hatimu. Nak ganti dengan raisin or nak biarkan kosong pun boleh
  • Masukkan dalam oven 150°C, 20-30 minit (kalau still lembik, boleh tambah masa) dan.
  • Boleh hidang panas or sejuk 
**Pesanan penaja.! Step-step tu untuk mereka yang rajin, kalau yang kurang rajin (husnuzon, nak jimat masa kan ;p) abaikan step-step tu, campur terus semua bahan dalam mangkuk dan gaul pastu tuang dalam loyang habis cerita.

SOS KASTARD (rcp Hana)


  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air(guna tin susu)
  • 2 sdb.tepung kastard
  • 2 sdb gula pasir

Didihkan semua bahan, kacau perlahan tanpa henti sampai larut & kuah pekat.
  
SELAMAT MENCUBA

KEK KEJU TIRAMISU SIMPLE

$
0
0
Assalamualaikum..bersua lagi di hujung minggu..

Hasil mengugel alam maya..saya mencuba resepi dah agak lama gak ni, akhirnya berhasil walaupun tak pasti rasa tu menepati piawaian orang lain ke tak....Sebenarnya kek ni tempahan daripada Puan Yasmin, jiran saya, beliau minta saya buatkan kek tiramisu, tapi yang biasa beliau beli kek yang menggunakan span biskut tu. Setakat yang saya jumpa biskut jejari untuk buat tiramisu tak ada tanda halal, kat tempat lain tak taula..halal JAKIM takde, HALAL luar negara pon takde, tiap kali nak membeli kat bakery sini, saya akn tanya tokey tu, HALAL TAK? Kalau ada pengesahan Halal dia akan tunjuk surat pengesahan, ada tampal kat dinding tepi kaunter dia, kalau dia sdri tak pasti halal ke tak sesuatu benda yang kita tanya tu, dia akan geleng2 senyum2 kata "tak tau lorr..tak ada cop.." hehe..betul2 dia menjaga kastemer dia..maklomle rasanya kastemer dia 95% beragama Islam..


Kek span coklat sebagai dasar kek..boleh guna mana2 resepi kek ya..saya guna resepi kek span coklat dari Nina... mari kita cuba, pasti anda buat lebih sedap & cantik hasilnya dari saya buat ni..InsyaAllah

KEK SPAN COKLAT
Sumber: Nina Bake House

bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
  • 100gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan
Cara :
  • dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga betul2 gebu. putar menggunakan kelajuan maksimum.. 
  • mesti kembang, pekat dan berwarna putih , bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
  • terus ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan.. seeloknya ayak bhn2 kering kat bekas lain dulu.. tapi kalau korang pun rasa malas.. buat je cam ni...
  • Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ye..
  • adunan yang dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - haku lebih suka bakar kek span guna suhu ni selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.
  • kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..

RESEPI KEK KEJU TIRAMISU SIMPLE
Sumber : umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200g cream cheese 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


SELAMAT MENCUBA

COOKIE POD @ BISKUT LESUNG BATU??

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t
Bertemu lagi..kali ni kita tayang menu baru di annabaked@home..

COOKIE POD..bukanlah MONOPOD sepertimana anda dok bergambar tu ya..bukan juga lesung batu untuk tumbuk belacan...ni sejenis biskut tapi mewah dengan coklat dan juga manisan daripada filling2 yang sedap..eh..bagi saya biasa2 je maklomle bukan lagi muda2 remaja sukakan kemodenan ni, hehe..kalau orang2 muda ke bebudak ke suka sangatla sebab penuh dengan coklat dan rasanya manis.

Cuma bila nak membuat 'Pod' nye itu bercinta sakan, lambat nak siap sebab acuan tak cukup banyak, kena borong acuan banyak2 kalau nak cepat siap. Rupanya sebijik cam lesung batu..hehe..unik gak ni..

Resepi? ok kat sini saya bagi resepi Cookie Pod yang saya jumpa di facebook ya, untuk makluman, bukan resepi yang tokey2 buat kelas, itu kenalah join kelas atau beli resepi dia kan..kat bawah ni contoh acuan yang digunakan. Beli yang saiz kecik2 je..




Jom cek resepi yang kita tengok2 kat FB ya..boleh test untuk Hari Raya tahun ni..
**resepi ni tak sama dgn resepi yang diajar melaui e-book, tapi apa salahnya mencuba..(^v^)

RESEPI COOKIE POD

1) POD COKLAT

Sumber : The pastry chef
C & P : Aleen Aireish (Facebook)

Bahan-bahan : 
  • 115 gm unsalted butter [aleen guna buttercup]
  • 100 gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sdk garam halus *guna salt butter x payah letak garam
  • 1 sdk esen vanila
  • 110 gm tpg serbaguna [aleen guna tpg red rose] *saya guna gandum
  • 35 gm tpg beras
  • 50 gm coco powder
  • 20 gm serbuk badam [aleen tambah sendiri] *optional

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
  • pukul gula & butter hingga gebu, masukkan telur & esen vanila
  • dlm mangkuk lain satukan/ayak semua bahan kering, gaulkan.
  • masukkan sikit2 dlm bahan butter dh pukul gebu td hingga habis, simpan dlm peti ais tmpt biasa 30 mimit.
  • panaskan oven terlebih dahulu
  • bulat2kan masukkan dlm pan muffin, bakar 8-10 minit suhu 180
  • keluarkan dr oven tunggu dlm seminit mcm tu, ambil penggelek tpg size kecik,[aleen guna penggelek utk fondant aje] tekan di tgh2 utk jdkan lubang
  • dh sejuk pipekan nutella dlm pod tu.. siap

2) PLAIN POD 

Sumber : Kak Ida Osman (Facebook)
C&P : Aleen Aireish
  • 2 3/4 cawan tpg gandum [aleen guna red rose]**
  • 1 sdt soda bikarbonate**
  • 1/2 sdt baking powder**
  • 50 gm serbuk walnut**
  • 1 cawan butter
  • 1 1/4 cawan gula kastor
  • 1 bj telur
  • 1 sdt esen vanilla

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Cara-cara :
  • Ayak bhn brtnda **
  • Putar butter dn gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tpg dn kacau rata hnga jd doh.
  • Glis muffin pan. Bulat2kn doh dn letak dlm muffin pan. Bakar suhu 180, 8-10 minit
  • Stlh kluar dr oven tunggu 1 minit sblm mnekan cookies td utk mmbuat lubang.
  • Pipekn nutella kdlm pod bila cookies dh sejuk.

**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan** 
**Saya tak gliss acuan sebab doh dah banyak guna butter, pastry akan lekang dengan mudah asalkan acuan tidak basah**

Selamat Mencuba


Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 0193004358
email : anna_qawina@yahoo.com


Resepi ni saya dapat dari Facebook, bolehla cuba ya kalau tak mau beli e-book, cuma kalau beli e-book, cara2 buat berbeza, semua diajar mula dari membancuh adunan, menekan, mengira kos, cara packing dan tiap2 jenis COOKIE POD adalah berbeza adunannya.  .haa..cepat beli.. Klik --->>> E-BOOK COOKIE POD **saya takde saham iklan ni, saja2 jek..hehe

ACAR TIMUN TAHAN LAMA

$
0
0
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ke 2 berpuasa, baru nak ada  mood update masakan. Tapi tak tau nak sembang pasal apa..masak yang biasa2 le jugak..mata rasa nak pejam manjang..haish!!

Acar yang bagi saya sangatle sedap, ratah2 gitu pun sedap, padahal saya bukan penggemar acar2 dan yang sewaktu dengannya..rangup2 aje sayur2 tu, mehla cuba buat kengkawan...ni bila tah saya buat, lepas AlongRoz awal2 tayang dulu saya terus bgtau asben nak buat ni, maka berdezup asben pergi beli bahan2, lengkap semuanya..gembira hati..maka saya pon tanpa berlengah lagi buat acar ni 2 HARI KEMUDIAN!!
Adoiii..lemau sungguh..haha..ampoon jela wahai suami, apa nak kata, si bini kurang virus R nak berdezuup kat dapo..dah buat..haa pijar2 tangan potong cili, tapi Alhamdulillah puas hati..

Acar timun tahan lama
By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
  • 1 btg Timun*
  • 1 btg Karot*
  • 2" Halia* 
  • 4 bj Cili Hijau & Merah* (* hiris spt batang mancis) 
  • 5 ulas Bwg Merah - belah dua
  • 5 ulas Bwg Putih - belah dua
  • 1 st Biji Sawi
  • 1 sb Serbuk Cili
  • 1 st Serbuk Kunyit
  • 1/2 cwn Cuka
  • 1/2 cwn Gula
  • 1 st Garam

CARA2:
  • Campurkan kesemua sayuran & gaul dgn garam.
  • Ketepikan sebentar lebih kurang 10 minit
  •  Tapis & buangkan air sayuran. 
  • Panaskan beberapa sudu minyak & tumis biji sawi, serbuk cili/kunyit dan kacau beberapa saat sahaja
  •  MAsukkan cuka & gula dgn cepat supaya tidak hangus. 
  • Masak sehingga pekat & masukkan kesemua jenis sayuran. 
  • Gaul sehingga sebati selama beberapa minit. 
  • Boleh terus di hidangkan atau masukkan ke dlm botol kaca & simpan dlm petisejuk. 
  • Boleh di simpan & tahan selama beberapa minggu. 
  • Hidangkan sebagai pembuka selera atau lauk sampingan bersama nasi.



Boleh jual tak? hehe..ni baki lepas kitaorang dah makan, asalnya dapat banyak jugak..sibbaik gak ada baki, kalau tak xdenya nak update blog..Selamat Mencuba..


PUDING ROTI BAKAR (resepi Chef)

$
0
0
Assalamualaikum.
Bertemu kembali, dah buat biskut raya? Yang pasti bagi yang meniaga tu stok kukisnya dah menimbun la kan..kita taraf biasa2 punya order lambat2 sikitla..hehehe..

Juadah berbuka puasa hari pertama Ramadhan kami. Anak-anak suka makan ni, tapi kismis semua dikuis2 tepi..harus lebihkan choc.chip kan..

Kali ni kita share resepi bread butter pudding yang sangat 'mebeles'..resepi ni dah lama saya guna untuk jualan, lepas Izah tu share dulu, rata2 yang makan semuanya kata sedap sangat, kiranya menepati selera. Kemudian saya kekal guna resepi ni je untuk jualan Puding Roti Bakar bersos kastard ni. Cuma ada saya tambah2 sikit aduanan tu bagi nak bagi cukup2 bekas saya. Manakala sos kastard saya masih guna resepi Hana..terima kasih buat semua yang kongsikan resepi ni..Kali ni saya share kat sini pulak untuk hebahan & panduan akan datang. 
##yang tulisan merah tu saya guna ya.

BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUSE
*utk versi resepi penuh dan cara2 membuat berserta gambar boleh klik link di atas.
Bahan2: 
  • 800 ml susu segar
  • 10 biji telur
  • 220 gm gula 
  • 1 sudu besar vanila flavour
  • 1-2 buku roti
  • * elok guna roti yg kasar, kalau guna roti lembut hasil puding agak lembut sangat.
  • 1 buku butter
  • sedikit kismis \ kurma

Resepi II - by Izah& AnnaQawina
  • 300 ml susu segar / 500ml susu full cream
  • 3 biji telur / 4 bj telur gred A
  • 70 gm gula / 90g gula castor
  • sedikit esen vanila
  • 10 keping roti / 18 keping roti
  • butter secukupnya
  • kismis & choc.chip (saya tambah)

Cara:
1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila dan kacau sebati hingga gula hancur. Ketepikan.
2. Sapukan loyang dengan butter. Kemudian sapukan permukaan kepingan roti dengan butter. Buat depan dan belakang roti. Kemudian susunkan ke dalam loyang berlapis2. Setiap lapis taburkan dengan kismis dan kurma.
3. Untuk lapisan terakhir, potong roti kepada 2 bahagian, sapu butter dan susun bertindan. *boleh lihat gambar di blog hairul.com
4. Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam loyang.
5. Bakar puding pada suhu 150 C selama 40-45 minit menggunakan teknik waterbath.
6. Keadaan puding roti ni sebelum bakar, semasa bakar dan sesudah bakar adalah sama, tidak mengembang naik macam sesetengah resepi lain, sebab rotinya kita tidak rendam dalam susu.

Resepi Sos Kastard
Sumber : Hanamemories
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air
  • 2 sdb tepung kastard
  • 2 sdb gula pasir

Satukan semua bahan, kacau hingga pekat & mendidih.
Gandakan bahan2 untuk mendapatkan sos yang melimpah ruah..

Selamat mencuba..
Viewing all 144 articles
Browse latest View live